Hello

Welcome to Shingo Childcare and Preschool Academy

For best view, use Mozilla Firefox browser
Click [HERE] to download Firefox browser

Thank you


~Shingo U Sdn. Bhd.~

HTML88

ENTER

1,060 Terima Diploma Eksekutif UUM


cid:image004.png@01CD0B60.F6034DB0

4 JUN 2012/ 14 REJAB 1433H
========================
"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
             (THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)
Oleh: Nasiha Abdul Rashid
Gambar oleh: Zamarizul Salleh
 
1,060 TERIMA DIPLOMA EKSEKUTIF UUM

layout (29).jpg
UUM ONLINE: Seramai 1,060 graduan dari pusat-pusat pengajian di seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak, berada di Universiti Utara Malaysia (UUM) semalam untuk menerima Diploma Eksekutif dalam pelbagai bidang. 
 
Antaranya Diploma Eksekutif Pendidikan dan Perkembangan Awal Kanak-kanak, Diploma Eksekutif Pengajian Islam dengan Syariah, Diploma Eksekutif dalam Pengurusan Perniagaan, Diploma Eksekutif dalam Kewangan dan Perbankan Islam, Diploma Eksekutif dalam Pengurusan Kepimpinan dan Diploma Eksekutif dalam Pengurusan Sumber Manusia. 
 
Diploma tersebut disampaikan oleh Naib Canselor UUM, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak pada Majlis Penganugerahan Diploma Eksekutif Kali Ke-8 di Dewan Mu’adzam Shah.
 
Dalam ucapannya, Dr Mohamed Mustafa berkata, UUM menyediakan ruang dan peluang kepada masyarakat melalui program pembelajaran sepanjang hayat agar semua rakyat mendapat manfaat hasil kewujudan universiti ini.  
 
“Selaras dengan tanggungjawab universiti kepada masyarakat dan juga menyahut seruan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk membawa pendidikan kepada anda semua, maka UUM melalui Pusat Pembangunan Eksekutif (PPE) mengadakan kerjasama strategik dengan pihak industri telah membuka pusat-pusat pembelajaran di seluruh negara. 
 
“Usaha sebegini telah membolehkan golongan yang telah bekerja mengikuti kelas-kelas dan mod pengajian secara lebih fleksibel tanpa perlu meninggalkan kerja dan tugas masing-masing,” katanya.
 
Jelas beliau, berdasarkan kepada penyelidikan yang dijalankan serta maklum balas yang diterima dari semasa ke semasa, PPE sentiasa memperbaiki mutu program yang ditawarkan agar masyarakat dapat membuat pemilihan yang menepati cita rasa masing-masing dan seiring dengan keperluan pasaran.
 
Dr Mohamed Mustafa juga berharap pihak industri akan sentiasa memberi maklum balas positif, sokongan dan kerjasama  yang padu kepada universiti ini dalam menjayakan program yang cukup penting ini. 
 
“Sokongan dan kerjasama tersebut akan membolehkan UUM memenuhi keperluan pasaran dan seterusnya menawarkan program-program yang boleh menjamin kerjaya yang lebih mantap dan seterusnya meletakkan Malaysia pada landasan yang kukuh dan berdaya saing,” katanya.
 
============================
DARIPADA:
SEKSYEN MEDIA
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3007/3014/3066/4078
FAKS: 04-928 3016
cid:image006.png@01CC949F.F0B5D0E0
 

0 comments:

 
Shingo Childcare & PreSchool Academy © 2010 | Designed by F4HM1 | Back to top