Shingo Childcare & PreSchool Academy
MASALAH TALIAN
Adalah
dimaklumkan talian tetap kami (04-6592768) mengalami masalah gangguan
talian. Jika ada sebarang masalah, sila hubungi 017-4002968.
harap maklum
TOYS TO BRING DURING CLASS
Toys to bring on Sunday (24 JUN 2012), for this below module:
Module: Children Learn thru Play
Date: 23 & 24 jun 2012
Venue: Room 349, Southern College, Johor.
1. Plastic fruits, vegetables, animals
2. Lego sets
3. Geoboards
4. Shapes such triangle, squares, pyramid etc. etc.
5. Scrabble (bahasa Melayu/English)
6. Spools/beads
MARKAH UNTUK PELAJAR USM & JOHOR
Salam sejahtera,
Untuk pengetahun pelajar EDCP, USM & EDPPAKK, JOHOR, markah bagi module 'play' & pengajaran & pembelajaran islam telah di muat naik. Sila rujuk pada bahagian markah untuk menyemak markah anda
Sekian, terima kasih
rina, shingo u
*selepas ini saya akan muat turun status untuk tugasan pula...harap bersabar
Untuk pengetahun pelajar EDCP, USM & EDPPAKK, JOHOR, markah bagi module 'play' & pengajaran & pembelajaran islam telah di muat naik. Sila rujuk pada bahagian markah untuk menyemak markah anda
Sekian, terima kasih
rina, shingo u
*selepas ini saya akan muat turun status untuk tugasan pula...harap bersabar
1,060 Terima Diploma Eksekutif UUM
Labels: konvo 2012
4 JUN 2012/ 14 REJAB 1433H
========================
========================
"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)
(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)
Oleh: Nasiha Abdul Rashid
Gambar oleh: Zamarizul Salleh
1,060 TERIMA DIPLOMA EKSEKUTIF UUM
UUM ONLINE:
Seramai 1,060 graduan dari pusat-pusat pengajian di
seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak, berada di Universiti
Utara Malaysia (UUM) semalam untuk menerima Diploma Eksekutif dalam
pelbagai bidang.
Antaranya
Diploma Eksekutif Pendidikan dan Perkembangan Awal Kanak-kanak, Diploma
Eksekutif Pengajian Islam dengan Syariah, Diploma Eksekutif
dalam Pengurusan Perniagaan, Diploma Eksekutif dalam Kewangan dan
Perbankan Islam, Diploma Eksekutif dalam Pengurusan Kepimpinan dan
Diploma Eksekutif dalam Pengurusan Sumber Manusia.
Diploma
tersebut disampaikan oleh Naib Canselor UUM, Prof Datuk Dr Mohamed
Mustafa Ishak pada Majlis Penganugerahan Diploma Eksekutif Kali Ke-8
di Dewan Mu’adzam Shah.
Dalam ucapannya, Dr Mohamed Mustafa berkata,
UUM menyediakan ruang dan
peluang kepada masyarakat melalui program pembelajaran sepanjang hayat
agar semua rakyat mendapat manfaat hasil kewujudan universiti ini.
“Selaras
dengan tanggungjawab universiti kepada masyarakat dan juga menyahut
seruan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk membawa pendidikan
kepada anda semua, maka UUM melalui Pusat Pembangunan Eksekutif (PPE)
mengadakan kerjasama strategik dengan pihak industri telah membuka
pusat-pusat pembelajaran di seluruh negara.
“Usaha
sebegini telah membolehkan golongan yang telah bekerja mengikuti
kelas-kelas dan mod pengajian secara lebih fleksibel tanpa perlu
meninggalkan
kerja dan tugas masing-masing,” katanya.
Jelas beliau, berdasarkan kepada penyelidikan yang dijalankan serta maklum balas yang diterima dari semasa ke semasa,
PPE sentiasa memperbaiki mutu program yang ditawarkan agar
masyarakat dapat membuat pemilihan yang menepati cita rasa masing-masing
dan seiring dengan keperluan pasaran.
Dr
Mohamed Mustafa juga berharap pihak industri akan sentiasa memberi
maklum balas positif, sokongan dan kerjasama yang padu kepada
universiti
ini dalam menjayakan program yang cukup penting ini.
“Sokongan
dan kerjasama tersebut akan membolehkan UUM memenuhi keperluan pasaran
dan seterusnya menawarkan program-program yang boleh menjamin
kerjaya yang lebih mantap dan seterusnya meletakkan Malaysia pada
landasan yang kukuh dan berdaya saing,” katanya.
============================
DARIPADA:
SEKSYEN MEDIA
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3007/3014/3066/4078
FAKS: 04-928 3016
E-MEL:
ukkuum@uum.edu.my
Subscribe to:
Posts (Atom)